Saturday, July 12, 2008

pRopoSal prOjeCt



KEMUDAHAN SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari telah mengalami era baru. Sejak kebelakangan ini sekolah kami semakin mempunyai ramai pelajar yang aktif bersukan serta mempunyai bakat yang besar dalam bersukan. Sekolah kami semakin hari semakin dikenali oleh sekolah-sekolah yang berdekatan.


Malangnya sekolah kami tidak mempunyai ruang yang besar untuk para pelajar melakukan aktiviti sukan. Perkara ini telah menyebabkan pihak sekolah meminta kebenaran daripada sekolah jiran untuk meminjam padang sekolah mereka. Pihak sekolah kami juga mengalami masalah apabila ingin meminjam padang dari sekolah jiran kerana perlu mematuhi segala syarat dan peraturan yang telah mereka tetapkan.


Sekolah kami amat memerlukan padang sekolah untuk melakukan aktiviti sukan. Dengan mempunyai padang sekolah sendiri, pelajar di sekolah kami akan lebih senang untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan sukan.
Jika kami diberi peluang untuk mencadangkan tempat untuk membina padang sekolah, kami berharap agar padang sekolah dapat dibina berdekatan dengan kawasan tapak perhimpunan. Hal ini kerana kawasan yang berdekatan dengan tapak perhimpunan kami adalah kawasan yang terbiar serta semak-samun. dengan membina padang sekolah di kawasan tersebut, pihak sekolah juga dapat membanteras gejala-gejala sosial yang berlaku di kawasan tersebut seperti ponteng, menghisap rokok dan sebagainya.
Dengan terbinanya padang sekolah tersebut, para pelajar yang mempunyai bakat dalam bersukan akan dapat menjalankan aktiviti bersukan dengan senang. Pihak-pihak luar yang ingin menjalankan aktiviti sukan di padang sekolah kami juga boleh melakukan aktiviti tersebut serta member sedikit dana untuk membantu mempercepatkan proses menyelesaikan serta mencantikkan padang sekolah kami.
Dengan menggunakan teknologi canggih masa kini, masalah kami akan selesai dengan mudah dan cepat. Kami boleh menggunakan software komputer seperti autocad untuk membantu melukis pelan padang sekolah kami.
Dengan tersegam indah padang sekolah kami, kami boleh meletakkan 'water sprinkler' bagi membantu mnyuburkan padang sekolah kami apabila kami tidak menggunakannya.
Kami berharap agar masalah kami akan mendapat respon daripada anda semua.......!!!
Terima Kasih.